Isnin, 30 Ogos 2010

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 53!!

Pada 30 Ogos,bertempat di Dataran Sekolah Kebangsaan Jejawi telah diadakan perhimpunan khas bagi menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-53.Semangat cintakan tanah air adalah satu sikap yang amat dituntut oleh Islam,memandangkan keamanan sesebuah negara amat menjamin keutuhan dan kebolehan kita mengamalkan amalan-amalan yang tuntut oleh Islam.

Selasa, 24 Ogos 2010

Lirik Lagu Nilam

Membaca dan belajar amalan hidup mulia
Jadikanlah panduan wawasan anda
NILAM program membaca memberikan semangat
Membaca dengan jaya budaya kita

Bina tabiat membaca matlamat NILAM kita
Ganjaran yang diberi tidak terhingga
Jadi Rakan Pembaca juga capai Jauhari
Pembaca yang bestari anugerah diberi

NILAM NILAM anugerah NILAM
Menerangi Jalan suram
NILAM NILAM anugerah NILAM
Idaman pembaca jaya

Membaca dan belajar amalan hidup mulia
Bina tabiat membaca matlamat NILAM kita
Dunia indah sekali pasti lebih berseri
Amalan membaca menjana minda bestari



Lagu : Rosli Bin Ahmad
Liirik : Nazura Bt Mohamad

  

Lagu:Membaca Gaya Wawasan

Isnin, 9 Ogos 2010

Sejarah Sekolah Kebangsaan Jejawi......