Featured Posts

Selasa, 22 Februari 2011

Perlantikan Pengawas Pusat Sumber

Pada Februari yang lalu,pihak pengurusan Pusat Sumber SK Jejawi telah melaksanakan Majlis Perlantikan Pengawas Pusat Sumber Sekolah.Semoga dengan perlantikan ini akan memudahkan lagi perjalanan pusat sumber sekolah


Tahniah buat semua pengawas!


Pentauliahan dari Guru Penolong Kanan Pentadbiran

Membaca ikrar


Barisan pengawas yang dilantik

Rabu, 13 Oktober 2010

Bermulanya Saringan bagi Kejohanan Sukan SK Jejawi

Tanggal 13.10.2010 ,bermula jam 3.00petang ini akan bermulanya saringan bagi rumah-rumah sukan.
Antara acara-acara yang dipertandingkan ialah:

100 m lelaki dan perempuan
200 m lelaki dan perempuan
4x 100m lelaki dan perempuan
4x 200 m lelaki dan perempuan
60 m (acara tahun 1)
Lompat berpagar

Ada lagi....Majulah sukan untuk negara

Rabu, 22 September 2010

Semoga Berjaya Dalam UPSR 2010

Bermula dari 21.9.2010 - 23.9.2010 ,murid-murid tahun 6 SKJ akan menduduki UPSR.Berusahalah yang terbaik demi Agama,Ibubapa,Guru-Guru dan diri kalian sendiri...

Isnin, 30 Ogos 2010

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 53!!

Pada 30 Ogos,bertempat di Dataran Sekolah Kebangsaan Jejawi telah diadakan perhimpunan khas bagi menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-53.Semangat cintakan tanah air adalah satu sikap yang amat dituntut oleh Islam,memandangkan keamanan sesebuah negara amat menjamin keutuhan dan kebolehan kita mengamalkan amalan-amalan yang tuntut oleh Islam.

Selasa, 24 Ogos 2010

Lirik Lagu Nilam

Membaca dan belajar amalan hidup mulia
Jadikanlah panduan wawasan anda
NILAM program membaca memberikan semangat
Membaca dengan jaya budaya kita

Bina tabiat membaca matlamat NILAM kita
Ganjaran yang diberi tidak terhingga
Jadi Rakan Pembaca juga capai Jauhari
Pembaca yang bestari anugerah diberi

NILAM NILAM anugerah NILAM
Menerangi Jalan suram
NILAM NILAM anugerah NILAM
Idaman pembaca jaya

Membaca dan belajar amalan hidup mulia
Bina tabiat membaca matlamat NILAM kita
Dunia indah sekali pasti lebih berseri
Amalan membaca menjana minda bestari



Lagu : Rosli Bin Ahmad
Liirik : Nazura Bt Mohamad

  

Lagu:Membaca Gaya Wawasan