Rabu, 13 Oktober 2010

Bermulanya Saringan bagi Kejohanan Sukan SK Jejawi

Tanggal 13.10.2010 ,bermula jam 3.00petang ini akan bermulanya saringan bagi rumah-rumah sukan.
Antara acara-acara yang dipertandingkan ialah:

100 m lelaki dan perempuan
200 m lelaki dan perempuan
4x 100m lelaki dan perempuan
4x 200 m lelaki dan perempuan
60 m (acara tahun 1)
Lompat berpagar

Ada lagi....Majulah sukan untuk negara

Rabu, 22 September 2010

Semoga Berjaya Dalam UPSR 2010

Bermula dari 21.9.2010 - 23.9.2010 ,murid-murid tahun 6 SKJ akan menduduki UPSR.Berusahalah yang terbaik demi Agama,Ibubapa,Guru-Guru dan diri kalian sendiri...

Isnin, 30 Ogos 2010

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 53!!

Pada 30 Ogos,bertempat di Dataran Sekolah Kebangsaan Jejawi telah diadakan perhimpunan khas bagi menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-53.Semangat cintakan tanah air adalah satu sikap yang amat dituntut oleh Islam,memandangkan keamanan sesebuah negara amat menjamin keutuhan dan kebolehan kita mengamalkan amalan-amalan yang tuntut oleh Islam.

Selasa, 24 Ogos 2010

Lirik Lagu Nilam

Membaca dan belajar amalan hidup mulia
Jadikanlah panduan wawasan anda
NILAM program membaca memberikan semangat
Membaca dengan jaya budaya kita

Bina tabiat membaca matlamat NILAM kita
Ganjaran yang diberi tidak terhingga
Jadi Rakan Pembaca juga capai Jauhari
Pembaca yang bestari anugerah diberi

NILAM NILAM anugerah NILAM
Menerangi Jalan suram
NILAM NILAM anugerah NILAM
Idaman pembaca jaya

Membaca dan belajar amalan hidup mulia
Bina tabiat membaca matlamat NILAM kita
Dunia indah sekali pasti lebih berseri
Amalan membaca menjana minda bestari



Lagu : Rosli Bin Ahmad
Liirik : Nazura Bt Mohamad

  

Lagu:Membaca Gaya Wawasan

Isnin, 9 Ogos 2010

Sejarah Sekolah Kebangsaan Jejawi......

Rabu, 28 Julai 2010

Sentuhan seni....

Berbudi pada tanah....


Taman ini diusahakan oleh Penolong Kanan Kokurikulum SK Jejawi,En Sabri B Ismail (seorang PK yang dedikasi dan bersungguh-sungguh apabila bekerja...bukan bodek ya..ehem...ehem...)bersama beberapa orang pekerja sekolah.Asalnya,laluan ini hanyalah rumput kosong,namun sekarang menjadi tumpuan di laluan ini.


Rapi dan kemas walaupun baru beberapa minggu ditanam...



Tahniah atas kejayaan..


Macam kat Cameron Highland pulak ya...Mungkin lepas ni boleh buat lawatan ke sana untuk melihat taman kat sana pulak?Kena tanya Tuan Guru Besar dan PK kita duluuu.....

Kempen Membaca...

Buku bulan ini........


Strimer kempen membaca yang dipasang pada laluan ke kelas Tahun 6

"Para nabi tidak meninggalkan kepada kita dinar ataupun harta,tetapi mereka mewariskan kepada kita ilmu yang bermanfaant"....mafhum hadis....




Isnin, 26 Julai 2010

Pemantauan oleh BTP

Pada Jumaat lalu,bersamaan 24 Julai 2010,pihak Pusat Sumber Sekolah telah dikunjungi oleh 3orang pemantau bagi penggredan pusat sumber.Kami mewakili sekolah amat berbesar hati atas kunjungan tersebut....

Pelancaran Hari Buku Sedunia